Tuesday 7 August 2018

DUB1012: PENGAJIAN MALAYSIA


TAJUK E-FOLIO:- HURAIKAN PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC


NAMA PENSYARAH:- PUAN NORAINI BINTI NAWAWI


NAMA AHLI KUMPULAN:-                   
1)Muhammad Dzul Haikal Bin Zainudin                             -02DEE18F1062
2)Muhammad Alif Daniel Bin Hazizi                                   -02DEE18F1204
3)Nurul Najmi Hakim Bin Zaiful Amran                              -02DEE18F1168
4)Marhafizi Bin Che Omar                                                   -02DEE18F1126
5)Muhammad Shahkirin Bin Mohammad Rahim              -02DEE18F1172
6)Muhammad Khairul Asri Bin Khairil Anuar                   -02DEE18F1176


ISI KANDUNGAN:-

1.0-PENDAHULUAN
2.0-OBJEKTIF
3.0-KEANGGOTAAN OIC
4.0-PERSIDANGAN KEMUNCAK ISLAM
5.0-PERANAN MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA OIC
6.0-SIDANG KEMUNCAK OIC
7.0-SUMBANGAAN MALAYSIA KEPADA OIC
8.0-KESIMPULAN
9.0-RUJUKAN
10.0-LAMPIRAN




1.0- PENDAHULUAN

Organisation of Islamic Cooperation(OIC)-Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puakZionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM atau OIC (Organisation Of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara timur tengah & utara afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan 
kemajuan dan kebajikan umat islam di seluruh dunia .




2.0- OBJEKTIF


OBJEKTIF OIC ADALAH SEPERTI BERIKUT:


  • Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota;
  • Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;
  • Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;
  • Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan;
  • Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan
  • Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain.



3.0-KEANGGOTAN OIC


      Keanggotan OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu Afghanistan, Albanian, Algeria, Alzerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzetovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Lebia, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mosambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, palestin, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Turnisia, Turministan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu(UAE), Uzberkistan dan Yaman.


4.0- PERSIDANGAN KEMUNCAK ISLAM

NomborTarikhNegaraTempat
Pertama22–25 September 1969 MaghribiRabat
Kedua22–24 Februari 1974 PakistanLahore
Ketiga25–29 Januari 1981 Arab SaudiMakkah dan Taif
Keempat16–19 Januari 1984 MaghribiCasablanca
Kelima26–29 Januari 1987 KuwaitBandar Kuwait
Keenam9–11 Disember 1991 SenegalDakar
Ketujuh13–15 Disember 1994 MaghribiCasablanca
Luar Biasa Pertama23-24 Mac 1997 PakistanIslamabad
Kelapan9–11 Disember 1997 IranTeheran
Kesembilan12–13 November 2000 QatarDoha
Luar Biasa Kedua4-5 Mac 2003 QatarDoha
Kesepuluh16-17 Oktober 2003 MalaysiaPutrajaya
Luar Biasa Ketiga7-8 Disember 2005 Arab SaudiMakkah
Kesebelas13-14 Mac 2008 SenegalDakar
Luar Biasa Keempat[9]14–15 Ogos 2012 Arab SaudiMakkah

Persidangan kemuncak islam telah diadakan dibeberapa buah negara islam antaranya ialah Maghribi,Pakistan,Arab saudi,Kuwait,Senegal,Iran,Qatar&Malaysia.Sidang kemucak yang pertama telah diadakan pada september 1969 di Maghribi.Pakistan telah menjadi tuan rumah pada tahun 1974 dan tahun 1997.Arab saudi pula telah menjadi tuan rumah sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1981,2005,2012.Senegal menjadi tuan rumah untuk persidangan kemuncak islam pada tahun 1991,2008.Pada tahun 1997 Iran telah menjadi tuan rumah untak persidangan ini.Malaysia pula telah menjadi uan rumah buat kali pertama pada tahun 2003.



5.0-PERANAN MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA OIC



Malaysia merupakan pengurusi OIC yang terus berusaha membawa kemajuan dan memperkenalkan insiatif dalam pelbagai usaha untuk beri nafas baru pada OIC. Malaysia komited memupuk perpaduan dan meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota: ekonomi, perdagangan, pendidikan, kebudayaan. Idea dan insiatif diambil Malaysia adalah untuk membangun dan memajukan umat Islam dunia termasuk minoriti Islam di negara bukan Islam. 

-STANDARD HALAL ANTARABANGSA*Malaysia antara negara peneraju industri halal,Berkongsi kepakaran dalam industri   makanan halal dengan negara-negara OIC.Kepakaran Malaysia dalam membangunkan standard dan sijil kelayakan halal dijadikan  penananda aras.Membangunkan Standard Halal Antarabangsa oleh Pakatan Halal Antarabangsa. 


-FORUM EKONMI ISLAM SEDUNIA (WIEF)*Mengumpulkan tokoh-tokoh ekonmi, intelektual dan pemimpin ternama dari dunia Islam  dan Barat. Tujuannya mewujudkan platform bagi membincang dan menerapkan idea untuk  membangunkan ekonomi ummah.


-ORGANISASI ZAKAT ANTARABANGSA*Persidangan pertama di Kuala Lumpur pada November 2006. Membentuk kesepakatan bahawa kerjasama erat diperlukan bagi mengkaji aplikasi zakat  sebagai sumber kewangan kepada Organisasi Zakat Antarabangsa. -PASUKAN TINDAK BALAS KECEMASAN KOMPUTER (OIC-CERT)*Malaysia dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas OIC-CERT iaitu satu pasukan  bertindak untuk keselamatan teknologi maklumat (ICT) negara-negara anggota OIC pada  Jun 2006.


-PROGRAM BINA UPAYA BAGI NEGARA ANGGOTA (CAPACITY BUILDING PROGRAM)*Dilancarkan pada 29 MAc 2005 di Kuala Lumpur oleh PM Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah  Bin Ahmad Badawi.Bertujuan mengurangkan kemiskinan dan mengukuhkan pembangunan ekonmi, terutama  bagi negara anggota yang mudur.Kaedanya ialah dengan meningkatkan pembinaan keupayaan dalam bidang pembangunan  sumber manusia, institusi, kemahiran pengurusan dan pembangunan prasarana di negara-  negara berkenaan. 




     
6.0- SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN OIC



-Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
-Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.




7.0-SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA OIC


Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC:

  • Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea penubuhan pada tahun 1971.
  • Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agong OIC yang pertama.
  • Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
  • Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.
  • Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
  • Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.
  • Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
  • Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara OIC kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
  • Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia.

8.0-KESIMPULAN

Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik adalah Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) ternyata memberi harapan agar suasana politik negara terjamin. Unsur dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Malaysia telah menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar politik Malaysia stabil. Peranan Dasar Luar juga memainkan peranan dalam perkembangan sosial,ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar mencerminkan rangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia.



9.0-RUJUKAN





10.0-LAMPIRAN

















No comments:

Post a Comment

DUB1012: PENGAJIAN MALAYSIA TAJUK E-FOLIO:-  HURAIKAN PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC NAMA PENSYARAH:- ...